Bedah siasat sampel dipercayai milik Nur Aishah Aleya dijalankan Ahad ini - Semasa | mStar

Bedah siasat sampel dipercayai milik Nur Aishah Aleya dijalankan Ahad ini

PROSES bedah siasat ke atas tiga sampel iaitu tengkorak, rambut dan gigi dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemui di dalam sebuah gaung di Gunung Raya akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata sampel yang ditemui pada Rabu dan Khamis itu akan dibawa ke HSB pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tinggal tengkorak, cebisan rambut Nur Aisyah Aleya - Polis Langkawi

“Ketiga-tiga sampel iaitu tiga gumpal rambut, dua batang gigi dan tengkorak akan dibawa ke HSB pada esok (Sabtu), sebelum post-mortem dijalankan pada 9 pagi hari Ahad. Selepas post-mortem ketiga-tiga sampel itu akan dibawa ke Jabatan Kimia," katanya di Langkawi pada Jumaat.

Pada Rabu, polis hanya menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut dipercayai daripada jasad Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya semasa berada di bawah jagaan suspek utama kes iaitu pasangan suami isteri di kuarters Hospital Langkawi.

Pada Khamis, operasi hari kedua mencari saki-baki anggota badan mayat kanak-kanak malang itu di lokasi sama menemukan dua gumpalan rambut serta dua batang gigi. 

Untuk rekod, Rosmaliah Samo ibu kepada Nur Aisyah Aleya juga telah memberi sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, Khamis.

Sementara itu, Mohd Iqbal berkata anggota polis pada Jumaat melakukan operasi mencari di dalam gaung di Gunung Raya namun tiada penemuan baharu ditemukan.

"Selain itu, anggota polis juga telah melawat kediaman suspek utama di kuarters Hospital Langkawi tempat dipercayai penderaan berlaku. Namun tiada sebarang penemuan baharu," katanya.

Pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Nur Aishah Aleya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain