suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Kedah sertai majlis tahlil Adib

SULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan majlis tahlil Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim di Masjid As- Sa'adah, Tebengau dekat Alor Setar pada Jumaat.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadhil Awang serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh dan bapa Muhammad Adib, Mohd Kasim Abdul Hamid.

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin. Hadir sama Penguasa Kanan Bomba 1 Farid Asyhadi Assa'ad yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Sementara itu, Mohd Kasim ketika ditemui pemberita berkata keberangkatan baginda ke majlis berkenaan memberi semangat dan sokongan kepada keluarganya dalam mencari keadilan.

“Harapan saya agar keadilan dapat ditegakkan dan pesalah dibawa ke muka pengadilan, inkues belum tamat dan saya tak mahu komen apa-apa lagi," katanya.

Terdahulu, baginda bersama kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat sebelum bacaan tahlil dikendalikan imam masjid berkenaan Mohamad Fida'iy Zainal Abidin.

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan kewangan kepada lebih 100 kanak-kanak di kariah tersebut sebelum majlis santapan. - BERNAMA

Adib, bomba

Artikel Lain