SPR teruskan PRK Semenyih - Semasa | mStar

SPR teruskan PRK Semenyih

Foto Bernama

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih seperti yang ditetapkan pada 2 Mac, kata Pengerusinya, Azhar Azizan Harun (gambar).

Ini susulan keputusan mahkamah berkaitan PRK itu yang memihak kepada suruhanjaya berkenaan.

"SPR menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (Isnin) yang memutuskan bahawa semua keputusan yang dibuat SPR berhubung proses PRK DUN Semenyih adalah sah dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada serta menolak tuntutan saman yang dibuat seorang pengundi berdaftar di Semenyih terhadap SPR.

"Sehubungan itu, SPR akan meneruskan PRK Semenyih sepertimana yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan.

Selasa ialah hari pengundian awal bagi PRK itu.

Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng. - Bernama

SPR , PRK Semenyih

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain