suria

Suspek letak patung berhala di surau ditahan

Gambar hiasan.

SEORANG lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai kurang siuman ditahan berkaitan dua insiden penemuan patung berhala di surau Sabilul Huda di Taman Pendamar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 6.15 malam Ahad kerana meletakkan patung berhala itu di surau berkenaan pada Rabu dan Sabtu lalu.

"Suspek ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari surau tersebut.

"Dia juga disahkan positif syabu," katanya pada sidang media di Klang pada Isnin.

Shamsul Amar berkata suspek mengaku meletakkan patung itu di surau berkenaan dengan mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas bermimpi.

"Kami percaya suspek meletakkan patung itu di surau berkenaan pada Rabu dan dua lagi bersaiz kecil pada Sabtu lalu.

"Patung tersebut mungkin dicuri dari kuil berdekatan," katanya.

Jelas Shamsul Amar, suspek juga mendakwa menerima ajaran tertentu di negara jiran.

"Kami tidak menolak kemungkinan suspek kurang siuman.

"Dia mempunyai rekod jenayah lampau dan kami akan melakukan siasatan lanjut," katanya.

patung berhala, surau

Artikel Lain