suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah baharu Proton Persona diperkenal

PERSONA Holdings Bhd telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan keluarga segmen B syarikat itu yang memenangi anugerah.

Persona baharu itu yang bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz, adalah model pertama syarikat tersebut yang mengalami pengubahsuaian luaran sejak bermulanya kerjasama Proton dengan Geely pada 2017, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Bahagian luaran baharu itu akan memaparkan imej sambungan pintar ditambah dengan estetika elegan dengan buatan kemas yang menjadikan Persona lebih menonjol berbanding pesaingnya.

“Ia juga membawa elemen reka bentuk keluarga baharu Proton yang akan ditampilkan dalam semua model yang akan datang,” kata syarikat itu. - Bernama

Proton Persona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain