suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba selamatkan ikan lumba-lumba sesat di pesisiran pantai

SEEKOR ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir pantai  berhampiran  Pusat Komersial Ba Zhong di sini, tengah hari tadi Orang awam yang menyedari kehadiran hidupan laut itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Tawau pada jam 12.05 tengah hari.

Ikan jantan dewasa itu ketika ditemui masih hidup namun berada dalam keadaan lemah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata sejurus menerima maklumat berkenaan dua jentera serta tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.

"Bomba bersama orang awam membantu mengalihkan ikan tersebut kembali ke laut dalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.

Sharudy berkata keadaan operasi terkawal pada 12.15 tengah hari bagaimana pun operasi belum ditamatkan dan pemantauan masih dilakukan dikhuatiri ikan lumba-lumba itu  kembali ke pesisiran pantai.- Bernama

Ikan Lumba-lumba, bomba

Artikel Lain