suria

Siasat pegawai kanan Tentera Darat tumbuk anggota secara bebas, adil - Mat Sabu

DAKWAAN seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan yang tular menerusi media sosial, sedang disiasat, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan secara bebas dan adil.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau juga meminta semua pihak bersabar serta berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada Selasa lepas, rakaman video berdurasi seminit 10 saat yang tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota yang lengkap bersenjata sedang mengawal pintu masuk kem tentera.

Bagaimanapun, anggota itu dilihat tidak melawan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka.- Bernama



Mat Sabu, Tentera Darat

Artikel Berikut

Artikel Lain