suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi kupon makanan percuma, dua warga emas maut

Dua mayat warga emas di ICC Pudu ekoran kejadian berebut kupon makanan percuma. Foto China Press/The Star

DUA warga emas maut semasa orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan kupon makanan percuma di pasar ICC Pudu di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mereka menerima maklumat mengenai dua individu meninggal dunia, manakala beberapa lagi rebah di pasar itu pada kira-kira pukul 1.58 petang Isnin.

"Kita menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan menemui dua individu tidak bergerak di lantai.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah," katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati terdapat program kupon makanan kepada warga emas di lokasi kejadian dari pukul 11 pagi hingga 1 petang.

"Penganjur menyediakan 200 kupon tetapi lebih seribu orang yang hadir.

"Dua mayat wanita dikenal pasti Ah Poh, 85, dan Law Ion Nang, 78.

"Kita percaya mereka mengalami kesukaran bernafas dalam keadaan yang sesak itu," katanya, sambil menambah mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - The Star

ICC Pudu

Artikel Lain