suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua pensyarah ditahan didakwa salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pensyarah kanan sebuah universiti awam di Segamat kerana didakwa menyalahgunakan kuasa.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 40an, didakwa menyalahgunakan kedudukan mereka dengan memberikan sebuah projek bernilai RM25,000 kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga salah seorang suspek.

Projek tersebut membabitkan kerja-kerja bekalan untuk sebuah projek di kampus universiti awam tersebut di Segamat.

Suspek ditahan di kampus pada kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda lima kali daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana-mana jumlah lebih tinggi, dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias pada Isnin mengesahkan kes tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. - The Star

SPRM

Artikel Lain