suria

Abdul Azeez dan abangnya, Abdul Latif ditahan!

PETALING JAYA:  Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan abangnya Datuk Abdul Latif Abdul Rahim ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, kedua-duanya ditahan pada pukul 4.30 petang ketika hadir di ibu pejabat agensi penguatkuasa itu di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Azeez muncul di SPRM, dijangka ditahan esok

Penahanan itu dibuat berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin untuk menjalankan pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

Susulan itu, mereka berdua akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi Rabu.

Terdahulu, ahli Parlimen Baling itu dilaporkan tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 2.55 petang.

Abdul Azeez pernah ditahan oleh SPRM pada September lalu dan direman selama 10 hari.

Beliau disiasat atas dakwaan meminta wang sogokan untuk membantu pihak yang berminat mendapatkan kontrak daripada kerajaan sebelum ini.

Abdul Azeez, Abdul Latif, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain