suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Azeez muncul di SPRM, dijangka ditahan esok

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dilihat berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Ahli Parlimen Baling itu tiba pada pukul 2.55 petang.

Sumber memberitahu, beliau dijangka ditahan dan didakwa pada Rabu.

Bagaimanapun, dakwaan yang bakal dihadapi oleh bekas pengerusi Tabung Haji itu masih tidak diketahui.

Namun, beliau dipercayai akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Abdul Azeez sebelum ini ditahan oleh SPRM pada September dan direman selama 10 hari.

Beliau disiasat atas dakwaan meminta wang sogokan untuk membantu pihak yang berminat mendapatkan kontrak daripada kerajaan sebelum ini. - The Star

Abdul Azeez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain