Kes tebusan: Identiti suspek belum dikenal pasti, bedah siasat dijalankan - Semasa | mStar

Kes tebusan: Identiti suspek belum dikenal pasti, bedah siasat dijalankan

KOTA KINABALU: Polis masih dalam proses mengenal pasti suspek yang menjadikan seorang kanak-kanak sebagai tebusan di pangsapuri Telipok Ria, kira-kira 10 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, suspek yang ditembak mati selepas rundingan gagal dilakukan, berusia dalam lingkungan 30an.

"Mayatnya kini di Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. Kita mahu tahu siapa dia," katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tebusan: Suspek ditembak mati, budak perempuan berjaya diselamatkan

Beliau berkata, proses pengencaman itu dijangka mengambil masa beberapa hari kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada suspek.

Dzulbaharin berkata, mereka juga menyiasat motif penculikan dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan selama lima jam.

Dalam insiden pada petang Ahad, suspek menyambar seorang budak yang sedang bermain di koridor pangsapuri dan membawa masuk mangsa ke dalam unit kediaman jirannya.

Dia enggan menyerahkan kanak-kanak berusia dua tahun itu kepada polis dan mengacukan pisau ke leher mangsa, malah mengancam untuk mencampakkannya ke luar tingkap sebelum ditembak mati. - The Star

culik , tebusan

Artikel Berikut

Artikel Lain