"Kalau dah tercatat saya ke situ, ke situlah saya" - Sultan Abdullah

Sultan Abdullah (tengah) bersama jemaah selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Imam As Shafie, Kota SAS, Indera Mahkota, pagi Ahad.

KUANTAN: “Kalau sudah pun tercatat saya ke situ, ke situlah saya (sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16). Ada dalam surah Yasin ayat ke-82, kalau kita baca baru faham,” titah Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Abdullah bertitah demikian ketika mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pemasyhuran sebagai Sultan Pahang keenam menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa Sabtu.

Surah Yasin ayat 82 dinyatakan baginda bermaksud: ‘Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.’

Berita Harian melaporkan, Sultan Abdullah bertitah, baginda pada masa ini mahu memfokuskan kepada istiadat pemasyhuran dan angkat sumpah sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar Pekan pada Selasa ini terlebih dahulu.

“Dari situ baru saya fikir apakah harus saya buat selepas itu, ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi mengenai perkara itu (sebagai Yang di-Pertuan Agong ,” titahnya ketika ditemui pemberita selepas solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS di sini, pagi Ahad.

Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah bertitah, baginda insaf dan perasaannya bercampur sedih serta syukur diatas pemasyhurannya sebagai Sultan Pahang yang mendapat kepercayaan daripada ayahandanya, adik beradiknya serta rakyat.

“Ini tanggungjawab besar dan saya akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat Pahang.

“Saya hendak janji lebih sangat pun ini bukan masanya untuk dinyatakan, tetapi saya akan berikan segala usaha dalam apa juga bidang sekali pun,” titahnya.

Titahnya, fokus utamanya sudah tentu memastikan kesejahteraan rakyat dan menjalinkan kerjasama baik dengan Kerajaan Pusat dan negeri yang ditadbir dua pihak berbeza.

“Tidak kira kerajaan mana sekali pun, kita harus mempunyai hubungan baik untuk membela rakyat yang memerlukan pertolongan.

“Saya akan buat segala dalam konteks kuasa diberikan kepada Raja Berperlembagaan, saya perlu banyak nasihat, pandangan bernas dan kritikan pedas,” titahnya.





Sultan Abdullah, Pahang, Agong

Artikel Sebelum

Khairul Dzaimee dilantik KP Imigresen

Artikel Berikut

7 UTC dibuka hingga 10 malam

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain