suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saingan empat penjuru di PRK Cameron Highlands

Ramli (baju biru) dan Manogaran diapit oleh calon bebas Sallehudin (paling kiri) and Seng Yee.

CAMERON HIGHLANDS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jan akan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor; M. Manogaran dari Pakatan Harapan (PH) dan dua calon bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib, mengemukakan borang pencalonan mereka kepada pegawai pilihan raya di SMK Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Selepas semakan, pegawai pilihan raya Datuk Ishak Md Napis mengumumkan kesemua empat calon terbabit kepada sebagai penyokong masing-masing.

Seng Yee ialah seorang petani dan ahli Persatuan Koperasi Pertanian Cameron Highlands, manakala Sallehudin merupakan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki.

Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, yang tiba di pusat penamaan calon, menarik diri daripada bertanding.

Kayveas kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau akan memberikan sokongannya terhadap calon PH.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan BN adalah tidak sah kerana mendapati terdapat unsur rasuah yang mendorong pengundi untuk mengundi.

BN memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu dengan Datuk C. Sivarraajh daripada MIC memenangi 10,307 undi berbanding 9,710 undi yang diraih oleh Manogaran. - The Star

PRK Cameron Highlands

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain