Datuk Bandar pun kena saman dengan DBKL

Nor Hisham (tengah) meninjau keadaan lalu lintas di Jalan Kerinchi pada Sabtu lalu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan mendedahkan beliau pernah disaman oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan trafik minggu lepas.

Katanya saman itu dikeluarkan ketika beliau memandu kereta sendiri untuk bertemu saudaranya di sebuah hotel sekitar ibu kota.

"Pada ketika itu hujan lebat, oleh kerana saya mahu cepat saya 'parking' kereta saya di tepi jalan dan di atas garisan kuning.

"Ketika selesai bertemu saudara dan mahu mengambil kereta, saya nampak kereta saya disaman dan penguatkuasa itu tidak tahu itu kereta saya dan akhirnya saya tetap membayar saman sebanyak RM30," katanya kepada pemberita ketika wawancara khas '100 hari Datuk Bandar' di sini baru-baru ini.

Katanya kejadian itu turut mengingatkan beliau dan kakitangan supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa dalam apa jua keadaan.

"Tiada pengecualian dalam penguatkuasaan, sesiapa yang buat salah mereka tetap akan disaman, macam saya sebagai Datuk Bandar sekali pun turut disaman dan membayar saman seperti mana warga kota lain.

"Saya turut sentiasa mengingatkan kepada kakitangan supaya tegur jika sesiapa membuat sebarang kesilapan, termasuk saya sendiri," katanya. - Bernama

DBKL, Datuk Bandar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain