Kutipan Tabung Harapan Malaysia lebih RM200 juta - Semasa | mStar

Kutipan Tabung Harapan Malaysia lebih RM200 juta

PUTRAJAYA: Empat hari sebelum ditutup secara rasmi, Tabung Harapan Malaysia (THM) telah mencapai kutipan melebihi RM200 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah terkumpul setakat pukul 3 petang Rabu adalah sebanyak RM200, 032,580.24.

Melalui laman Facebook rasmi, kementerian itu turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia.

Selepas dilancarkan pada 30 Mei lepas oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tabung berkenaan akan ditutup secara rasminya pada 31 Disember ini.

Tabung itu diperkenalkan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa Barisan Nasional (BN) meninggalkan bebanan hutang melebihi RM1 trilion selepas pentadbiran kerajaan bertukar tangan.

THM , Pakatan Harapan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia