suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masuk sekolah boleh, nak berkempen tak dibenarkan! - Maszlee

Maszlee ketika melakukan lawatan ke SMK Putrajaya Presint 16 (1) sempena menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran untuk memasuki sekolah, tetapi mesti mematuhi peraturan yang ada, kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Peraturan itu termasuk tidak berkempen di sekolah, katanya.

"Sebagaimana dinyatakan (dalam surat permohonan), mereka tidak dibenarkan berkempen, membawa bendera dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ingat Malaysia baharu tiada larangan dah’

Beliau menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak dibenarkan memasuki sekolah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Di Malaysia baharu, kami membenarkan mereka memasuki (sekolah) selagi mereka mengikuti prosedur kami.

"Malah, ramai antara mereka telah mengemukakan permohonan dan telah diluluskan oleh kami," katanya.

Maszlee turut menafikan bahawa beliau pernah menghalang pemimpin pembangkang daripada memasuki kawasan sekolah.

Beliau berkata, permohonan daripada ahli Parlimen Tanah Merah Umno, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan diluluskan oleh kementeriannya tidak lama lagi.

"Saya telah mengemukakannya kepada jabatan pendidikan negeri yang berkaitan untuk diluluskan," katanya.

Beliau berkata PAS juga mengemukakan permohonan serupa pada Rabu dan ia telah diluluskan.

Beliau sebelum ini berkata pekeliling mengenai ahli-ahli politik yang memerlukan kebenaran untuk masuk ke sekolah akan dikaji semula pada 23 November. - The Star

Maszlee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain