Hampir RM10 bilion belum dituntut, Guan Eng saran pihak terlibat buat permohonan - Semasa | mStar

Hampir RM10 bilion belum dituntut, Guan Eng saran pihak terlibat buat permohonan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM9.974 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara sehingga 31 Oktober tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.875 bilion telah dibayar balik dan RM1.6 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun.

"Keadaan itu menjadikan jumlah semasa dalam akaun amanah Wang Tak Dituntut adalah sebanyak RM6.495 bilion," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Katanya, individu yang ingin membuat tuntutan wang perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan borang permohonan tuntutan, manakala bagi individu yang telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat waris dengan mengemukakan surat tadbir harta pusaka.

Kepada soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) sama ada terdapat pemberian notis mengenai WTD kepada individu, Lim berkata pihaknya dimaklumkan ada notis diedarkan bagaimanapun terdapat beberapa kekangan termasuk alamat yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara tidak sama dengan alamat terkini tempat tinggal mereka.

"Saya bagi kementerian minta mereka (individu) yang ada akaun seperti ini (WTD) untuk buat tuntutan kerana sekiranya masih belum sampai 15 tahun, masih berpeluang buat demikian," katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata lapan syarikat milik kerajaan yang mencatatkan kerugian selama lima tahun berturut-turut tidak akan ditutup.

"Ini antara lapan buah syarikat iaitu ATSB (Astronautic Technology (M) Sdn Bhd; Halal Industry Development Corp; IWK (Indah Water Konsortium) Sdn Bhd; Inno Bio Ventures Sdn Bhd; Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd; Prasarana Malaysia Bhd dan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)," katanya. -- Bernama
Guan Eng , WTD

Artikel Sebelum

Genting saman Walt Disney, Fox RM4 bilion

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini