suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahdzir lepas jawatan Ketua Umno Terengganu

Mahdzir Khalid.

JERTIH: Naib Presiden Umno Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Umno Terengganu berkuat kuasa akhir tahun ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada kepimpinan dari negeri itu yang akan menerajui Umno Terengganu bermula Januari tahun depan.

“Nama pengganti akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Umno Terengganu di Kem Seri Keluang di sini, tengah hari Sabtu.

Bagaimanapun, difahamkan seorang Ketua Bahagian yang pernah memegang jawatan penting di negeri ini bakal menggantikan tempat Mahdzir. - Sinar Harian

Mahdzir Khalid, Umno

Artikel Lain