suria

Zahid dakwa Tun M tolak 12 ahli Parlimen Umno

Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dakwa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Portal berita The Malaysian Insight melaporkan Ahmad Zahid mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau untuk membelakangkan dan membubarkan Umno, tetapi tidak semua ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan menerimanya.

"Beliau berkata anggota Parlimen boleh melompat parti, tetapi mereka tidak akan terimanya," katanya dipetik sebagai berkata, dalam pertemuan bersama anggota majlis tertinggi Umno dan ahli jawatankuasa parti bahagian Pahang pada Sabtu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata, ahli Parlimen Umno seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Zahid, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak akan dipertimbangkan untuk keanggotaan Bersatu.

Ahmad Zahid juga mengatakan bahawa Mukhriz telah "menggugurkan" lapan nama tetapi enggan menyatakan siapa individu terbabit.

Beliau berkata, dalam pertemuan bersama perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir memberitahunya bahawa Umno tidak lagi diterima rakyat.

"Beliau minta saya lompat dan bubarn Umno, tetapi saya tidak mahu," kata portal itu memetik Zahid sebagai berkata. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain