suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib enggan berdiri dalam kandang orang salah ketika sebutan kes dijalankan

Najib enggan menerima permintaan polis agar berdiri di dalam dok. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat enggan masuk ke dok (kandang orang salah) semasa sebutan kes rasuah dan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini.

Najib, yang muncul di hadapan hakim Azura Alwi, duduk di kerusi di sebelah dok berkenaan.

Pihak pendakwaan, yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, telah memberi isyarat kepada polis mahkamah untuk mengarahkan Najib untuk berdiri di dok ketika prosiding bermula pada Jumaat.

Polis mendekati Najib dan memintanya untuk berpindah dari kerusi tetapi permintaan itu tidak dipenuhi oleh beliau.

Beliau kekal di kerusi sehingga prosiding berakhir 15 minit kemudian.

Semasa sebutan kes tersebut, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih mempunyai beberapa dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membuat perintah pada 31 Oktober untuk kes itu dipindahkan ke mahkamahnya.

Hakim Azura kemudian menetapkan 27 Nov untuk kes terbabit disebutkan di Mahkamah Tinggi. - The Star

Najib Razak

Artikel Lain