suria

Zuraida mahu JPP dedah 'log file' tablet didakwa diceroboh

Zuraida Kamaruddin.

SIBU: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mahu supaya Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Rashid Din untuk mendedahkan Log File tablet e-undi yang digunakan semasa proses pemilihan parti bagi cabang Julau pada Sabtu.

Ini katanya bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan berkaitan kemungkinan berlakunya serangan siber dan sistem pemilihan telah yang diceroboh.

“Dedahkan siapa yang memuat turun aplikasi Prey tersebut dan siapakah yang telah mengakses tablet untuk tujuan itu. Semua ini terdapat di dalam Log File tablet tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam Sabtu.

Katanya, untuk memuat turun aplikasi Prey, penjaga atau administrator kepada tablet e-voting itu, harus memasukkan kata laluan dan ini bukan dapat dilakukan oleh semua orang.

“Rashid Din telah menyatakan sistem tersebut telah digodam dan sekiranya perkara ini berlaku, sudah tentu ia terjadi atas pengetahuan petugas JPP, kerana hanya mereka mempunyai akses kepada sistem tersebut,” katanya.

Zuraida memandang tuduhan yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli berkaitan perkara itu adalah palsu.

Menurutnya, Prey merupakan satu aplikasi yang popular dalam peranti yang menggunakan sistem Android dan boleh dimuat turun sepertimana aplikasi lain di dalam telefon bimbit atau mana-mana peranti pintar mudah alih yang lain.

Aplikasi itu adalah untuk melindungi maklumat di dalam peranti mudah alih, untuk memastikan sekiranya peranti tersebut hilang atau dicuri, ia boleh dipantau oleh pemilik sebenar, sejurus selepas peranti tersebut berada dalam talian (online).

“Ia bukanlah "malware" (spyware atau virus) sepertimana yang telah dituduh oleh Rafizi Ramli. Ia adalah aplikasi melindung dan bukannya untuk mengambil data, sepertimana yang dinyatakan oleh Rashid Din,” kata Zuraida.

JPP telah menggantung keputusan pemilihan PKR cabang Julau berikutan perkara tersebut pada Sabtu. - BERNAMA

Zuraida, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain