suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib, dua bekas menteri antara enam akan didakwa

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua bekas menteri dan seorang bekas timbalan menteri serta dua yang lain dijangka menghadapi pelbagai tuduhan rasuah, lapor Berita Harian.

Akhbar harian Bahasa Melayu itu melaporkan dua yang lain adalah bekas pegawai khas Najib dan seorang Ahli Parlimen.

Laporan itu menyebut Najib dan juga bekas pegawai khasnya serta seorang bekas menteri terlibat dalam siasatan berkaitan projek solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak.

Mengenai projek solar itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyoal siasat beberapa individu termasuk bekas pembantu khas Najib dan juga bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Projek itu mencetuskan kontroversi apabila kontrak yang didakwa bernilai RM1.25 bilion dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang beroperasi di Bintulu atas arahan Najib.

Sementara itu, bagi kes seorang lagi bekas menteri, laporan itu dipetik sebagai berkata, ia membabitkan penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bulan lalu, bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah DBKL.

Laporan juga menyebut Tengku Adnan membuat penjelasan tidak mempunyai kaitan dengan kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan dan ketika mengambil alih jawatan menteri pada 2013, beliau menyatakan sudah memulangkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad sebelum ini telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji semula penjualan tanah yang meragukan.

Susulan itu, pasukan petugas khas telah membatalkan 14 daripada 97 urusan penjualan tanah dengan 43 transaksi diteruskan jualan.

Bagi kes bekas timbalan menteri pula, ia dipercayai membabitkan penyelewengan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bernilai RM25 juta yang juga menunggu masa untuk diseret ke mahkamah.

Najib Tun Razak, rasuah

Artikel Lain