suria

Tiada penyertaan ahli BN dalam PH beramai-ramai - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai, tetapi akan membuat semakan terhadap mereka yang hendak menyertainya.

Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak ada niat untuk menyenaraihitamkan mereka dari BN tetapi akan membuat penilaian.

"Sekiranya mereka meninggalkan parti dan menjadi bebas dan menyokong kerajaan dan kemudian mereka merayu dengan lutut untuk menyertai kita, kita akan mempertimbangkannya," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Sabtu.

"Ada yang mahu menyertai secara beramai-ramai, kita tidak membenarkannya, kerana mereka akan menjadi lebih besar daripada kita (dari segi jumlah).

"Mereka boleh masuk seorang demi seorang selepas mereka meninggalkan Umno, menjadi wakil rakyat bebas dan kita akan mengkaji apabila mereka memohon untuk menyertai parti kita," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, jumlah yang berminat untuk menyertai parti PH adalah beratus-ratus kerana segelintir wakil rakyat mahu menyertainya bersama dengan kira-kira 20, 30 atau 50 pengikut.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin kemudian mendakwa terdapat kemungkinan sehingga 40 Ahli Parlimen Umno akan melompat parti. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Lain