suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PKR Cabang Keningau kecoh

KOTA KINABALU: Beberapa individu memberi keterangan kepada polis selepas berlaku kekecohan di pusat pemilihan cabang PKR Keningau pada Sabtu.

Difahamkan, kumpulan berkenaan tiba di pusat pemilihan kira-kira lima minit sebelum proses pengundian ditutup (4.15 petang), mendapati semua pintu ditutup.

Johari Tahir, calon ketua bahagian PKR Keningau, mendakwa pusat pemilihan ditutup untuk pendaftaran pada kira-kira pukul 4.10 petang kerana mereka menyangka tiada orang lain yang akan hadir.

Kaunter pendaftaran pengundian dibuka pada pukul 9.15 pagi dan sepatutnya ditutup hanya pada pukul 4.15 petang.

Tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Keningau, Asisten Superitendan Lee Nyuk Kim berkata, beliau sedang menyiasat kes tersebut.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa beliau diserang sebaik meninggalkan pusat pemilihan, kira-kira pukul 4 petang.

Rafizi mendakwa seorang lelaki cuba menyerangnya tetapi ketika ia dikepung oleh ramai orang, ia mengenai kepalanya tetapi tidak cedera.

Menurut Rafizi, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu. - The Star

Rafizi Ramli, PKR

Artikel Lain