SPRM ke rumah Najib lagi - Semasa | mStar

SPRM ke rumah Najib lagi

Datuk Seri Najib Tun Razak. -foto Bloomberg

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung lagi ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatkan keterangan kes.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata tiada sebarang serbuan dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata SPRM menghantar pegawainya ke rumah Najib hanya bagi mendapatkan maklumat keterangan kes untuk membantu siasatan.

"Ada suatu siasatan namun saya tidak bercadang untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama dan enggan mengulas lanjut apabila diminta.

Lima buah kenderaan yang dinaiki anggota SPRM dilihat memasuki perkarangan rumah anggota Parlimen Pekan itu pada pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 12.30 tengahari. -Bernama

SPRM , Najib , Langgak Duta

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Ku Nan ditahan SPRM

Rosmah beri keterangan di SPRM

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL