suria

Maklumat terkini Belanjawan 2019 menerusi WhatsApp

RAKYAT Malaysia boleh mengikuti perkembangan terkini Belanjawan 2019 terus ke telefon pintar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan telah mewujudkan kemaskini khas yang boleh dilanggan dengan menghantar mesej "Hello MOF" ke nombor 011-1000 3001 menerusi WhatsApp.

Pengguna juga boleh menekan pautan https://bit.ly/2CXWdOH) untuk melanggan.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan mengenai pengstriman langsung Belanjawan 2019 menerusi Facebook rasminya bermula pukul 4 petang Jumaat.

Belanjawan 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 

Belanjawan 2019

Artikel Sebelum

Intipati Bajet 2019

Artikel Berikut

SPRM ke rumah Najib lagi

Artikel Lain