Bajet 2019: ‘Kita minta rakyat korban sedikit sahaja’ - Semasa | mStar

Bajet 2019: ‘Kita minta rakyat korban sedikit sahaja’

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta sedikit pengorbanan daripada rakyat bagi Bajet 2019.

Beliau mendakwa, kerajaan terdahulu boleh memberikan wang kepada rakyat dalam pelbagai bentuk kerana sumber yang diterima itu adalah daripada hasil curi.

"Pengorbanan yang kita minta bukan banyak sangat. Kerajaan hari ini tidak ada duit untuk beri sama seperti kerajaan dahulu. BR1M, gaji untuk nelayan dan boleh katakan semua orang dapat.

"Ini semua sebab mereka nak beli sokongan. Kalau rakyat anggap kita boleh tolong, undilah. Kita tak boleh bagi duit," katanya dalam Bicara Minda Sinar Harian yang dikendalikan oleh wartawan veteran, Tan Sri Johan Jaaffar, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan moderator berkenaan pengorbanan daripada rakyat bagi Bajet 2019.

Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma.

"Itu adalah pengorbanan besar," katanya.-Sinar Harian.

Tun Dr Mahathir Mohamad , Bajet 2019

Artikel Berkaitan

Peristiwa Tun M vs Anwar berulang?

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain