suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazri: Saya penyokong tegar Anwar, sentiasa jadi rakan beliau

KUALA LUMPUR: Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri atau tidak, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan sentiasa menjadi penyokong tegar Presiden PKR itu.

"Saya adalah penyokong tegarnya, sama ada beliau menjadi perdana menteri atau tidak, saya akan menyokongnya," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau diminta menjelaskan tentang keputusannya baru-baru ini untuk menyokong ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

"Saya sentiasa menjadi kawannya, walaupun pada masa-masa sukar, saya selalu menyokongnya.

"Walaupun ketika saya berkhidmat sebagai seorang menteri (di bawah pentadbiran Barisan Nasional), saya masih menghadiri majlis perkahwinan anaknya, Nurul Izzah," kata Nazri.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak akan meninggalkan Umno.

Ditanya mengenai kemungkinan gabungan kerajaan dengan Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata bahawa 'politik Malaysia sangat cair'.

"Ia bergerak sepanjang masa, kita tidak boleh mengatakan sesuatu tidak akan berlaku kerana apa-apa boleh berlaku, kita tengok dan lihat," katanya.

Ditanya mengenai penangkapan beberapa anggota kanan Umno, bekas anggota Kabinet itu berkata, semua pihak harus menerima keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - The Star

Nazri Aziz

Artikel Lain