suria

Tok Pa takkan lepas jawatan Ahli Parlimen Jeli

Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dia tidak berhasrat melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Jeli.

Semasa sesi perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Jeli kerana menerima keputusannya untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas sambil menambah beliau akan terus menggalas amanah tersebut.

"Insya-Allah, saya tidak akan letak jawatan dan akan terus memperjuangkan hak mereka di dalam dan luar Dewan Rakyat," katanya pada Selasa.

Mustapa meletak jawatan daripada Umno pada 18 September selepas lebih 40 tahun bersama parti itu.

Beliau berkata keputusan tersebut diambil kerana hala tuju Umno pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.

Ketika ditanya R.S.N. Rayer (PH-Jelutong) sama ada Mustapa akan menyertai Pakatan Harapan, bekas menteri itu berkata beliau belum membuat sebarang keputusan.

"Insya-Allah apabila saya buat sebarang keputusan, saya akan buat pengumuman kepada dunia," katanya.

Jeli, Tok Pa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain