suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skandal 1MDB: Irwan Serigar didakwa pada Khamis

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa di mahkamah pada Khamis berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Irwan Serigar, 61, akan dihadapkan ke mahkamah pada hari yang sama dengan bekas bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menghadapi pertuduhan terbaharu juga berkaitan 1MDB.

Difahamkan Mohd Irwan dan Najib akan didakwa berhubung urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Namun tidak dapat disahkan sama ada Najib dan Mohd Irwan akan didakwa secara bersama atau berasingan.

Najib sudah menghadapi 32 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram namun beliau mengaku tidak bersalah atas semua dakwaan tersebut.

Bekas perdana menteri itu akan kembali ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tengah hari Rabu selepas sesi pertemuan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di sebelah pagi.

Sumber berkata keterangan terakhir akan diambil daripada Najib.

"Selepas semua selesai, dia akan dibebaskan dan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis. Tiada perancangan untuk menahannya pada Rabu," kata sumber kepada The Star.

Walaupun sumber tidak mendedahkan jumlah sebenar, wang yang terbabit dalam enam pertuduhan itu mencecah "bilion".

"Banyak wang terlibat di sini," kata sumber.

Mohd Irwan Serigar, 1MDB

Artikel Lain