Jangkaan hujan lebat di Kelantan November, Disember ini - Semasa | mStar

Jangkaan hujan lebat di Kelantan November, Disember ini

Gambar hiasan

KOTA BHARU: Kelantan dijangka menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember ini iaitu 45 peratus daripada 2,700 milimeter purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka tidak mengakibatkan banjir besar seperti yang berlaku pada 2014.

Beliau berkata walaupun data meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan baki jumlah purata taburan hujan tahunan ini agak membimbangkan namun mereka yakin banjir tidak akan seteruk seperti bencana besar pada 2014.

"Sebaliknya keadaan mungkin sama seperti tahun lalu," kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Katanya mengikut ramalan hujan lebat akan berlaku di kawasan pantai pada bulan November dan beralih ke kawasan pedalaman seperti Kuala Krai dan Machang pada Disember.

Katanya 607 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menempatkan 198,000 mangsa banjir akan dibuka di seluruh Kelantan terutama sekitar jajahan Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas sebagai persediaan menhadapi banjir.

"Dari segi aset 207 bot disediakan selain 4,471 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dalam situasi bersiap siaga," katanya.

Beliau berkata selain persiapan fizikal, pihaknya turut memohon supaya setiap masjid di Kelantan melakukan solat hajat dan berdoa supaya dijauhi musibah banjir.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata pihaknya menerima RM1juta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan RM300,000 daripada kerajaan negeri untuk persediaan bekalan makanan serta keperluan di PPS sebagai persiapan menghadapi banjir tahun ini.

Beliau berkata sebahagian bekalan makanan akan mula dihantar ke 207 pangkalan hadapan, 17 mini depot dan satu depot besar mulai hujung bulan ini.
-Bernama

hujan lebat , banjir besar , Kelantan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini