Ahmad Zahid hadir ke SPRM hari ketiga - Semasa | mStar

Ahmad Zahid hadir ke SPRM hari ketiga

PUTRAJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 9.18 pagi Jumaat.

Kehadirannya merupakan hari ketiga berturut-turut untuk kali ke lima dipanggil memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Ahmad Zahid mengenakan baju berwarna putih tiba dengan menaiki kenderaan Lexus berwarna putih.

Pada Rabu, Ahmad Zahid memberi keterangan selama lapan jam.

Beliau turut disoal siasat berhubung isu sama pada 3 Julai lalu.

Yayasan Akal Budi itu ialah sebuah pertubuhan milik keluarga yang ditubuhkan untuk melaksanakan kerja-kerja amal.

Ahmad Zahid , SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sayu lihat anak murid tinggal bawah jejambat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain