Sayu lihat anak murid tinggal bawah jejambat

Foto yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong.

Menerusi foto yang tular di media sosial, keluarga terbabit dilihat terpaksa berteduh di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat berkenaan.

Difahamkan, foto menyayat hati itu ditularkan oleh seorang pengguna Facebook, Amaliah Ibrahim yang juga merupakan guru kepada salah seorang anak ahli keluarga malang tersebut.

Menurut Amaliah, khemah kecil di bawah jejambat itu merupakan tempat berteduh buat salah seorang anak muridnya yang sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah.

“Sudah beberapa hari (dia) tidak hadir ke sekolah. Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri dan lumpur untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.

“Allahuakbar, sedih.. sayu. Insya-ALLAH kami pihak bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi mereka pada 22 September lalu menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima aduan mengenai keluarga malang itu.

Menerusi kenyataan berkenaan, difahamkan pasangan suami isteri terbabit bersama lima orang anaknya terpaksa menetap di bawah jejambat terbabit selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mereka di Flat Flora Damansara.

“Encik Ali bekerja sebagai kerani manakala isterinya suri rumah. Pasangan ini pernah menerima bantuan deposit rumah daripada Lembaga Zakat Selangor sebelum ini.

“Skuad Baitulmal MAIWP akan membantu keluarga ini sebaiknya agar beban ditanggung mereka dapat diringankan,” katanya. - Sinar Harian

jejambat, cikgu

Artikel Sebelum

Ahmad Zahid hadir ke SPRM hari ketiga

Artikel Berikut

Dua maut, tujuh parah nahas di NKVE

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain