KPM rancang latihan renang di sekolah - Maszlee

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah) mengunjungi ahli keluarga mangsa lemas lombong Putra Perdana Allahyarham Muhd Ilham Fahmi, di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Putra Perdana, hari ini. Turut kelihatan keluarga Allahyarham (dari,kiri) Mohd Azzam Naim, 46, (bapa) Mohd Imran Hafiz Mohd Azzam, 20, (anak,sulong) Che Rosmilawati Saidin, 45, (ibu) dan anak bongsu Mohd Irfan Daniel Mohd Azzam 7.-Bernama

PUCHONG: Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran renang di sekolah, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata cadangan tersebut disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan peningkatan kejadian lemas membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Katanya perbincangan tersebut turut mengambil kira masalah kekurangan kemudahan kolam renang terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

"Kemahiran berenang ini sangat penting dalam kalangan anak-anak. Di Finland dan Australia serta beberapa negara lain, kemahiran berenang wajib diajar di sekolah.

"Di sekolah swasta juga banyak yang telah mewajibkan kelas renang dan di sekolah kerajaan, kita akan cuba adakan secara berperingkat-peringkat," katanya kepada Bernama selepas melawat keluarga mangsa lemas Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Maszlee yang meluangkan masa selama setengah jam menziarah keluarga mangsa, turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap mereka dapat bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Beliau turut menyeru orang ramai terutamanya pelajar sekolah supaya tidak bermain atau mandi di kawasan larangan seperti tasik dan lombong bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Muhammad Ilham Fahmy, 17, lemas ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, di sini pada Rabu lepas.

Mayat remaja itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada 5.45 petang semalam dan selamat dikebumikan pada sebelah malam.

Dalam tragedi tersebut, seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) turut maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy.

Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan.-- Bernama 


Maszlee, Mahathir, renang, sekolah

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain