Malaysia tidak boleh terima perkahwinan sejenis, LGBT! - Tun M - Semasa | mStar

Malaysia tidak boleh terima perkahwinan sejenis, LGBT! - Tun M

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk perkahwinan sejenis.

Beliau menegaskan sistem nilai di negara ini tidak sama seperti sistem nilai di negara-negara Barat yang lebih bebas.

“Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

“Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini pada Jumaat.

Dr Mahathir berkata konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak-anak atau anak angkat, manakala perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Dalam pada itu, Perdana Menteri  berkata mesyuarat JKKMAR yang turut dihadiri wakil Suhakam, bersetuju dengan syor supaya Akta Suhakam dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pindaan itu antara lain termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan mediasi atau pengantaraan.

Dr Mahathir berkata Suhakam juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. - Bernama

LGBT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Art Harun dilantik pengerusi baharu SPR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?