Anwar bukan raja, Umno perlu lawan kemahkotaan politik di PD - KJ - Semasa | mStar

Anwar bukan raja, Umno perlu lawan kemahkotaan politik di PD - KJ

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mahu Umno dan Barisan Nasional bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson demi melawan "shameless political entitlement" walaupun bertanding di kerusi yang sukar untuk menang.

Ahli Parlimen Rembau merujuk kepada cara ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan daripada kerusinya untuk membuka jalan kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan kembali ke Parlimen.

"Kemahkotaan adalah untuk raja-raja. Dan Anwar bukanlah seorang raja," katanya melalui tweet pada Isnin.

Seorang blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membalas kenyataan Khairy dengan berkata, Umno tidak perlu bertanding dan biarkan sahaja Anwar menang.

"Tak perlu lawanlah Anwar tu. Biarlah dia menang. Tunggu dia jadi MP (ahli Parlimen), kemudian tengok siapa menang. Mahathir atau Anwar," katanya.

Khairy kemudian membalas komen Papagomo dengan meminta blogger itu untuk diam.

"Tak nak lawan sudah. Awak duduk tepi sambil pakai baju gabungan Umno-PAS yang fugly (hodoh) tu. Jangan kacau orang yang nak lawan," tulis Khairy.

Sementara itu, ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dia ingin berkempen untuk Anwar kerana beliau yakin ia adalah yang terbaik untuk Umno untuk membuka laluan kepadanya kembali ke kerajaan.

Dakwa beliau, terdapat pandangan dalam kalangan ahli Parlimen Umno untuk kembali ke dalam kerajaan secepat mungkin.

"Satu-satunya cara (jadi kerajaan) adalah bekerjasama dengan PKR... jadi kita kena tunjukkan muhibbah... jika kita mahu membentuk kerajaan, biar Anwar menang," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Nazri adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno dan Barisan Nasional. - The Star

Khairy Jamaluddin , Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Roti perasa pandan bawa tuah juara pancing

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

KJ kritik ucapan dasar Zahid

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain