suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diserbu masih tak serik, bekalan elektrik 8 premis judi dipotong

ALOR SETAR: Lapan premis termasuk dua rumah kediaman dan enam rumah kedai dipotong bekalan elektrik oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kesemua premis berkenaan pernah diserbu polis sebelum ini, namun pengendali aktiviti perjudian itu tidak ‘serik-serik' dan terus melakukan kegiatan yang sama.

Katanya, operasi dijalankan lima jam bermula pukul 9.30 pagi Isnin oleh sepasukan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Insp Darlveen Singh bersama kakitangan TNB.

“Serbuan membabitkan empat premis di Kuala Kedah dan Pokok Sena serta dua premis masing-masing di Anak Bukit dan Langgar, kita juga dapati salah sebuah premis menjalankan aktiviti judi yang berselindung di sebalik kedai makan di Kuala Kedah, di sini,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, operasi  diadakan bertujuan untuk memastikan premis-premis yang pernah diserbu sebelum ini tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan ini.

Kesemua premis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-- Bernama 




TNB, judi, D7

Artikel Lain