suria

Dua beranak maut dalam insiden lori jatuh gaung

IPOH: Seorang bapa dan anaknya maut apabila lori yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Km15.3 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik dekat Kampung di sini, Isnin.

Dalam insiden kira-kira 9.15 pagi itu,  pemandu lori, Sharul Anuar Abdul Hamid 46 dan anaknya, Mohd Ikhmal Sharul Anuar, 20, kedua-duanya berasal dari Kuala Kedah, Kedah, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Raduan Mohamad berkata siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan sekam padi itu terbabas semasa menuruni bukit.

“Lori yang terbabas itu gagal dikawal lalu merempuh besi penghadang di tepi jalan dan jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerak untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Star/Bernama

kemalangan maut

Artikel Lain