suria

Kerajaan baharu digesa tangani masalah pengangguran belia

Simon Sipaun

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah yang baharu digesa menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia khususnya pemegang ijazah universiti yang mungkin disebabkan ketidaksesuaian antara permintaan pasaran pekerjaan dengan bidang pengajian.

Pengerusi Institut Pengajian Pembangunan (IDS) Tan Sri Simon Sipaun berkata ini antara aspek yang perlu dikaji oleh Pendidikan Negeri dan sektor inovasi berikutan pengangguran dalam kalangan siswazah adalah faktor penting terhadap trend peningkatan kadar belia menganggur.

Beliau berkata tahun lepas Sabah mencatatkan jumlah belia menganggur tertinggi pada kadar 13.5 peratus dan ketika ini siswazah adalah sinonim dengan pengangguran.

“Pada masa sama, saya dapati ramai daripada mereka bekerja sebagai pembantu rumah, pembantu kedai… pekerja ladang terdiri daripada warga asing, jadi peluang kerja ada tetapi orang tempatan tidak berminat terutamanya pemegang ijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada seminar berkaitan usaha menangani pengangguran dalam kalangan belia Sabah di sini, Khamis.

Simon berharap di bawah kerajaan negeri dan persekutuan yang baharu, keperluan rakyat diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya.- Khamis

Pengangguran, belia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain