Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB - Semasa | mStar

Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB

SHAH ALAM: Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kesediaannya menjadi saksi berhubung siasatan semula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ambrin yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.

"Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB).

"Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 negeri Selangor di sini, Isnin.

Terdahulu pada majlis itu, Ambrin menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440 negeri Selangor yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.

Usul itu dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mencadangkan siasatan dibuat supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan manakala segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum. - Bernama

Ambrin Buang . 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adu salah guna SST melalui WhatsApp

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?