suria

Tangguh SST akan beri kesan kepada bayaran gaji - Guan Eng

Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Sebarang penangguhan dalam melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan memberi kesan kepada defisit operasi bagi kerajaan, kata Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak akan dapat membayar gaji sekiranya ia berlaku.

"Defisit operasi akan menjejaskan ekonomi dan penarafan antarabangsa kira," kata Guan Eng dalam satu taklimat SST kepada perniagaan di sini, Ahad.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menyedari terdapat banyak isu yang belum diselesaikan berkaitan dengan SST, ia tidak dapat menangguhkan pelaksanaan SST.

"Kita faham ia telah dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi kita tidak mampu untuk menangguhkannya.

"Oleh itu, kita melaksanakannya terlebih dahulu dan memutuskan untuk menangani sebarang isu yang bermula dari SST nanti," katanya.

Guan Eng berkata, beliau bergerak ke seluruh negara untuk menjelaskan SST kepada perniagaan dan mendapatkan maklum balas mengenainya.

"Kita mahu orang ramai memahami apa yang mereka bayar," tambah Guan Eng.

SST, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain