suria

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Anak tiri direman tujuh hari

PETALING JAYA: Polis mendapat perintah mahkamah terhadap reman ke atas dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan kerana didakwa membunuh bapa tiri mereka.

Dua remaja itu tiba di mahkamah Petaling Jaya pada pukul 11.30 pagi.

Mahkmah membenarkan reman selama tujug hari kepada dua remaja, masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, bermula 9 September.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pegawai penyiasat di mahkamah mengesahkan kedua-dua mereka direman selama tujuh hari.

Peguam Hisham Teh, LS Leonard dan S Suresh mewakili dua remaja berkenaan.

Rabu lalu, beberapa portal berita melaporkan dua remaja lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pada Jumaat berkata, mereka hanya dipanggil untuk disoal siasat.

Awal minggu ini, polis turut menahan isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya.

Mereka direman selama seminggu sehingga Isnin (10 September) bagi membantu siasatan.

Nazrin terbunuh dalam kebakaran di rumahnya pada 14 Jun. Awal bulan lalu, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Nazrin dijumpai mati selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat atas rumahnya di Mutiara Damansara dengan kesan melecur 30 peratus di badannya.

Samirah yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kemudian mengkritik pihak berkuasa mengendalikan kes itu.

Dia mendakwa telah menulis kepada jabatan bagi mendapatkan perkembangan kes tetapi diberitahu bahawa laporan itu tidak dapat diberikan kepadanya kerana kematian Nazrin adalah kes berprofil tinggi.

Dalam satu kenyataan pada 14 Ogos lalu, beliau telah meminta maklumat mengenai barang-barang hilang yang dimiliki oleh Nazrin, yang tidak dilihat sejak kejadian itu.


Nazrin Hassan, Cradle Fund

Artikel Sebelum

Artikel Lain