suria

Pegawai didakwa bertugas untuk timbalan menteri 'kantoi' rakam bawah skirt wanita

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat selepas seorang pegawai kepada seorang pegawai kerajaan membuat rakaman di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit. 

Kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan insiden tersebut, dan kini tular di media sosial.

Menerusi klip video tersebut, lelaki berkenaan duduk di sebelah pegawai berkenaan yang menjalani pemeriksaan mata, didapati membuat rakaman di bawah skirt wanita tersebut semasa mangsa sibuk melakukan pemeriksaan.

Menurut poster video tersebut, pegawai tersebut didakwa bertugas untuk seorang timbalan menteri.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mengenai perkara tersebut.

Artikel Lain