suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga kerusi Parlimen untuk pilihan Anwar... utara, tengah atau selatan

Anwar Ibrahim.

TAMPIN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau mempunyai pilihan tiga kerusi parlimen, iaitu di wilayah utara, tengah atau selatan semenanjung, dalam usahanya untuk kembali ke Parlimen.

"Satu kerusi di utara, yang kedua di tengah dan yang ketiga di selatan.

"Tetapi jika saya membuat keputusan untuk datang ke Negeri Sembilan, saya berharap mendapat sokongan penuh," katanya dalam perjumpaan bersama anggota PKR Tampin pada Ahad.

Anwar, yang juga presiden PKR berkata, beliau perlu berusaha untuk memenangi mana-mana kawasan pilihan raya ini.

"Kita mesti sentiasa ingat bahawa rakyat telah memilih kita kerana mereka mahu pembaharuan.

"Kita tidak boleh sombong atau korup kerana rakyat akan menyingkirkan anda," katanya.

Mana-mana kerusi yang dipilih Anwar perlu bergantung kepada kesediaan ahli parlimen PKR untuk mengosongkannya. 

Beberapa wakil rakyat PKR sebelum ini menawarkan kerusi mereka untuk Anwar bagi membolehkannya bertanding dan membuat kemunculan politik.

Timbul cakap-cakap bahawa Anwar mungkin bertanding di kubu kuat Permatang Pauh atau Nibong Tebal, kedua-duanya di Pulau Pinang.

Anwar Ibrahim

Artikel Lain