suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar sudah puas 'bercuti' di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah bersedia untuk kembali berkhidmat dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat setelah empat tahun ‘berehat’ daripada politik.

“Saya ‘cuti’ di Sungai Buloh pun sudah lama...sudah empat tahun. Inilah masanya saya keluar berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan saya dalam PH.

“Saya Anwar Ibrahim masih kuat, saya masih boleh lawan sekarang, bukan kerja senang tukar kerajaan 61 tahun, namun saya akan bersama anda semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Poh Tong sempena Festival Hantu Lapar di Balakong dekat sini, Khamis.

Turut hadir calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong, Wong Siew Ki dan Setiausaha DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah merangkap Pengarah Pilihan Raya PH DUN Balakong.

Anwar turut menyeru kepada penduduk Balakong supaya keluar mengundi pada Sabtu ini bagi memberi mandat kepada PH.

“Ramai rakan-rakan saya berada dalam Kabinet sekarang, mereka sedang bekerja keras untuk membanteras rasuah dan menyelesaikan masalah-masalah terdahulu.

“Berilah mereka peluang bekerja keras kepada anda (rakyat), berilah peluang kepada calon muda kami pada Sabtu ini untuk membawa perubahan kepada anda semua,” katanya.

Anwar meluangkan masa kira-kira 15 minit pada majlis itu sebelum bergegas ke majlis kempen di PRK Dun Seri Setia. - Bernama.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain