suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surat CIA: Pegawai kedutaan Malaysia di AS akan dipanggil beri keterangan

KUALA LUMPUR: Beberapa pegawai di pejabat kedutaan Malaysia di Washington akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kebocoran surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini, keterangan beberapa kakitangan termasuk Datuk Hasanah Abdul Hamid yang juga bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

"Kami akan tunggu hingga pegawai berpangkalan di Washington itu pulang ke tanah air, ketika itu kami akan mengambil keterangan  mereka.

"Siasatan itu termasuk isu kebocoran surat dan lain-lain laporan polis berkaitan perkara itu," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Bukit Aman di sini, Selasa.

Sebelum ini, isu berkaitan surat berkenaan telah disahkan peguam Hasanah, Datuk Shaharudin Ali pada 31 Julai yang katanya melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Susulan itu, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.


Fuzi, AS, CIA

Artikel Lain