suria

Tiada diskriminasi terhadap golongan LGBT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak mendiskriminasi mana-mana agama, etnik atau kumpulan masyarakat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dia memberi reaksi kepada laporan berita tentang seorang doktor yang mengkritik aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menerusi posting di Facebook atas pendirian anak perdana menteri tersebut untuk menyokong hak sama rata untuk golongan lesbian, 'gay', biseksual dan transgender (LGBT).

"Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan mengamalkan prinsip tanpa diskriminasi terhadap mana-mana agama, etnik atau kumpulan komuniti dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan," katanya pada malam Sabtu (11 Ogos).

Doktor telah menulis surat terbuka kepada Marina pada 6 Ogos itu mempersoalkan tentang apa yang dimaksudkannya dengan meminta hak sama rata bagi komuniti LGBT.

Doktor tersebut mengatakan bahawa walaupun dia tidak menyokong seks bebas, tingkah laku seksual yang menyimpang, dia telah memberikan pesakit LGBT rawatan kesihatan yang sewajarnya.

Dalam posting tersebut, beliau menegaskan bahawa mereka dalam kumpulan LGBT mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi, dan tidak dibenarkan menderma darah kerana tingkah laku berisiko tinggi mereka itu.

"Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya," katanya sambil menambah bahawa mereka mempunyai hak untuk melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada cara hidup LGBT.

Posting itu menerima 4,000 tanda suka dan dikongsi sebanyak 2,700 kali tetapi kemudiannya dipadam selepas menerima aduan dalam kalangan netizen.

Pada 5 Ogos, Marina dilaporkan oleh sebuah portal berita menyatakan bahawa beliau hanya mahu masyarakat LGBT diberi hak sama rata untuk pendidikan, rawatan, kerja dan perlindungan.

Tetapi tidak sehingga mencabar undang-undang untuk membenarkan perkahwinan sejenis berlaku.

LGBT, KKM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain