80 peratus pengasuh di taska tiada kelayakan minimum - Semasa | mStar

80 peratus pengasuh di taska tiada kelayakan minimum

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus atau 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak memenuhi kelayakan minimum, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) setakat Jun 2018.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kekurangan bilangan pengasuh yang berkelayakan memberi implikasi terhadap jumlah taska yang berdaftar.

"Unjuran banci Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 menganggarkan jumlah kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun pada 2018 seramai 2.3 juta orang," katanya pada Majlis Perasmian Hari Taska 2018 di sini Ahad.

Jelasnya berdasarkan statistik tersebut, jika dianggap bahawa 50 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia yang berusia empat tahun ke bawah memerlukan taska, maka negara memerlukan 38,333 buah taska bagi menampung jumlah kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, katanya statistik pendaftaran taska JKM menunjukkan bahawa bilangan taska yang berdaftar adalah sebanyak 4, 302 buah sahaja (11.22 peratus).

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata bilangan tersebut menunjukkan kekurangan yang amat jelas dari aspek keperluan dan ketersediaan taska di negara ini.

"Kekurangan pengasuh berkelayakan dan bilangan taska berdaftar akan memberi implikasi terhadap jaminan kualiti dan keselamatan anak-anak kita," katanya.

Dr Wan Azizah menegaskan ketersediaan taska adalah penting bagi menyediakan sistem sokongan kepada ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan anak-anak semasa tempoh mereka keluar bekerja.

"Hal ini secara tidak langsung akan membantu negara mencapai matlamat untuk meningkatkan penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita sebanyak 59 peratus pada 2020 berbanding 54.7 peratus pada 2017," katanya.

Jelasnya aksesibiliti terhadap taska membolehkan golongan wanita atau ibu-ibu terus kekal atau kembali ke pasaran kerja dan akan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran kerja sekaligus dapat menjana ekonomi keluarga dan negara.

‘Keserataan' telah diangkat sebagai tema bagi sambutan Hari Taska Kebangsaan 2018 selari dengan komitmen kerajaan terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang telah diratifikasi sejak 1995. - BERNAMA

 

pengasuh , taska

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain