suria

Nooh Gadut terima sembilan jahitan kereta dipandu terbabas

Keadaan kereta yang dipandu oleh Nooh.

JOHOR BAHRU: Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut menerima sembilan jahitan di dagu akibat cedera dalam kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya  di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku kira-kira 1.15 tengah hari ketika beliau sedang memandu sendiri kereta Mercedes Benz untuk pulang ke rumahnya di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik di sini.

Bagaimanapun, apabila beliau sampai di satu kawasan di perumahan itu dan hendak membelok ke lorong kiri jalan untuk memasuki ke kediamannya, beliau dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

Nooh.

Akibat kejadian itu, beliau yang berusia 72 tahun lebam di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.

Kereta beliau juga rosak di bahagian bumper belakang, bonet dan cermin besar depan.

Beliau telah dihantar ke Hospital KPJ Pakar Puteri di sini untuk rawatan dan telah dibenarkan  pulang  setelah pemeriksaan rapi oleh pihak hospital. - Bernama

Artikel Lain